25 August 2010

Biar sampai syurga






Teringat dulu zaman kat skulah mcm nie..ade org ske kat kite tapi kite xske dia..bkn ape..mak xbg bercinta..lgpun kecik ag pun..hehe.Kemudian kite kne pindah skulah ngan rumah pd mase yg same mase nak naik skulah menengah.Kite xtahu dia cari kite dan tertanyer2 kemane kite pindah. Cian kat dia, tggu kite dan mencari2 rupenyer. Akhirynya 8 thn kemudian, alhamdulillah kite jumpe kwn kite tu balik..senyum aje :)

20 August 2010

Loghat Perak..




Kami bangga dengan bahasa negeri kami..anda bagaimana? anggap nie mcm kamus mini bahasa perak.mungkin xdpt dimane2 kedai..free..je nie..betul3x

MARI BELAJAR BAHASA PERAK
sumber :forum.asyraaf.net
Untuk Gantinama:

teman = saya
mike = awak
kamu=awak
mengkema =engkau orang(ramai)
kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua
kume=kami
keme=saya (bacha dengan E tanda diatas)
yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya
Yong = bagi memanggil permpuan yg kita tak tau nama nya.
             kedua dua gelaran ini juga digunakan didalam keluarga.
Pah/Opah = Nenek
Tok = datuk
                               

Kebanyakkan hujung ING tinggal IN saja

Kambing = kambin
kuching = kucin
lembing = lembin
daching = dachin
cacing = cacin
guling = gulin
pusing = pusin
bising = bisin

kebanyakkan akhiran  IR diganti dengan IO,  AR diganti dengan O
Acar = aco
air = ayo
Ajar = ajo
akar = ako
asar = aso
fikir =pikio
pasir =pashio
putar  = puto
kikir=kikio
cicir = cicio
kafir=kapio
lendir lendio
hanyir= hanyio

 
bibir =bibio.................tapi kalau bebio dah jadi cacing halus seperti hampas kelapa selalu kedapatan
        pada dubur kanak kanak
biar=bio...........sebab itu ada kata kata orang tua bebio kalu di bio naik kemata buta
                          makna nya sakit cacaing pada bebudak ne tak bleh di biar kan begitu saja tanpa diubati
                           kerana kalau sudah sampai naik kemata boleh mengakibatkan buta.

bakar=bako
belukar=beluko
tikar =tiko
seluar=seluo
ular =ulo
sambar=sambo
selimbar selimbo
takar=tako
besar=beso

chegar=chego (batu bulat lonjong didalam sungai )

                       
PERKARTAAN2 LAIN

ate = habis tu (penyedap cakap)
biole = biar lah
belontok = macamikan haruan berbintik cokelat
bujuk = ikan haruan
bolen = telanjang bulat
cucor pisang = cekodok pisang
cucor bawang = cekodok tepung campur bawang
cucor = jirus
cabuk = berkudis buruk........cth orang marah..cabuk le kaki kamu.....makna nya biar kaki kamu tu
                                                                                                               berkudis teruk
tumpo = mati (bahasa kasar)

pegho = sampan
cebok = alat mencedok air
bebeno = sungguh/sangat   cth budak ne jahat bebeno
nyor = kelapa
biut = degil
begholoh = tidor
tak sio = tak mahu
teghoyak = menangis
bedeah = tipu/menipu
piat = pulas.....cth  aku piat telinga tu karang.
petia = perhati
bedek(membedek) = belek (membelek)
kela = gaduh
berkela = bergaduk
kayo = pergi buang air
kayo beso =berak
kayo kecik = kencing
yangat = kopi atau teh panas.
tepek = lempeng
jamban = selain makna biasa.......nama bagi pelantar atau rakit tampat mandi di sungai Perak biasanya
                                                   dibuat dari batang balak.
kulu = kehulu
kelio = kehilir
kedarat = hala menjauhi sangai
kebaroh = hala kesungai
Tebin = tepi sungai
telio = teringin
buah kanto = buah enau
koi = kueh
kek = cake
cekelat = gula gula
kopek = tetek
kutey = cubit halus
kutei = dah lama
nohen = buat dek jer...
kodak/kekodak = lebihan/serbuk kueh.........umpama orang bertanya banyak ke lagi kueh raya
                                                                    jawabnya tinggei kekodak tong aje.......

ngekek = ketawa terbahak bahak
ngonyam = gatei (berkaitan lelaki/perempuan)
seniat = pukul........dengan lidi umpamanya.
sidang = berhenti.......pada hujan
samo = warna merah jambu
geduak = kerdas
getik = benci
amra = kedondong
meghenin = berkilat
nganto = sejenis permainan anak muda dibulan puasa dekat dekat nak raya ketika ibu sibuk buat kueh deme
                akan ambil beberapa jenis kueh buboh dalam pinggan umpamanya dihantar secara senyap senyap
                kerumah kawan di letak atas tangga umpamanya kemudian diletupkan mercun bagi tau isi rumah
                ahli keluarga rumah itu akan keluar dan mengejar si penghantar jika dapat mukanya akan dilumur
                dengan bedak atau arang tapi no hard ffeeling kerana ini seronok seronok dan tuan rumah yang
                menerima kueh itu akan makan seisi keluarga . Tetapi permainan ini sudah hampir pupus melainkan
                di kampung 2 pedalaman.

melantak = kuat makan
megholoh = kuat tidor
hambo tebo = bersepah/berselerak
R yang diawal atau tengah perkataaan di ganti drngan GH

rumah = ghumah
orang = oghang
kerja = keghoje
memburu = menbughu
resah = ghesah
rosak =ghosak
ribu = ghibu

Ada beberapa perkataan oghang puteh oleh orang tetue di perakkan
bob = buku
belen = baki
merket = pasar
bot =bot

Tentang duit
1 sen = seduit
5 sen = 5 duit
10 sen = sekupang
15 sen = 15 duit
20 sen= 2kupang
25 sen = dua kupang 5 duit
setersnya hingga
90 sen =sembilan kupang
95 sen = sembilan kupang lima duit
seringgit = seringgit
RM1.25 = seringgit suku
RM1.50  = tenghah dua ringgit

 

Selamat mencube menyebutnyer..mesti anda tergelak sambil membaca bagi yg baru2 nak belajor..Learning is fun kan3x..kat sini ade peta negeri sekali..
Nie tempat2 yg menarik bg sesiapa yg xpenah jejak kaki ke Perak... :)

14 August 2010

Awak sayang saya tak?Saya cute tau..


Tidor lena slps kenyang mkn...ish2
Naik main piano xreti..duduk pn jdlah hehe
I'm cute
Haiii..
Cantik ke custome ni ..
Mane tuan ak nie..laparrr...
I pandai posing tauuu...

Nabi pun sayang kucing

Tahukah anda Nabi Muhammad saw juga membela kucing?

Salah satu kucing kesayangan baginda ialah Muezza. Diriwayatkan, suatu ketika Nabi ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan, tetapi Muezza sedang nyenyak tidur di atas jubahnnya. Oleh kerana baginda tidak mahu mengganggu tidur Muezza, maka baginda memotong bahagian yang digunakan oleh Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah Nabi kembali ke rumah, dilihat Muezza kelihatan kesal dengan perbuatannya dan dilihat cuba memohon maaf atas perbuatannya.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi suka ialah, dia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan ada masanya suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Beberapa orang terdekat Nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq, isteri Nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan ketika kucingnya mati. Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi, digelar sebagai Abu Huruyrah yang bermaksud bapa kucing jantan kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Malah bagi mereka yang pernah ke Tanah Suci Mekah, pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing. Dikatakan setiap kali masuk waktu solat, kucing akan berkumpul di situ. Malah ada pernah terdengar cerita, sesetengah orang semasa menunaikan haji ternampak kucing mengadap kiblat seolah-olah sedang bersolat . Wallahualam...

12 August 2010

Kewajipan seorang sahabat


Abu 'Atahiyah berkata: Ali Ibnu Haitsam ditanya, "Apa kewajiban seseorang terhadap sahabatnya?" Ia menjawab: "Menyimpan rahsianya, simpati ketika dalam kesusahan, dan memaafkan kesalahannya."

09 August 2010

Lucunyerr...


Kengkawan... Mari sesama kita fikir-fikirkan yang ni...

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung dan menonton vcd..

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau sholat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan , pakwe / makwe.

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk nonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering menanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.






Lelaki idaman sy ;-)


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

05 August 2010

PETAI oh petai... i likee!!


Original articles: © Hak Cipta Terpelihara 2005 -2010 Persatuan Pengguna Islam Malaysia


ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR
Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again!

Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute wor kout.. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.
Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.
PMS(premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.
Anaemi a:
High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.
Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.
Brain Power :
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Understand that bananas contain lot of potassium too so eat more banana. Just look at those monkeys, they are really active, alert, smart and cunny too!!
Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.
Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.
Morning Sickness :
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.
Mosquito bites :
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.
Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.
Overweight:
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report c oncluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.
Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.
Temperature control :
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.
Seasonal Affecti ve Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.
Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.
Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.
Strokes:
According to research in "The New Engla nd Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%".
Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!

So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals... It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away".

04 August 2010

Industrial visit Continental Sime Tyres

Salam.Hari ni sy ingin kongsikan pengalaman sy melawat kawasan industri di Continental Sime Tyres selama 1 hari. Masa lawatan selama 3 jam.Sy dpt melihat bagaimana proses penghasilan sebuah tayar dilakukan dr sekecil tayar kereta hingga giant punyer tayar.Erm letih juga berjalan disebuah kawasan kilang yang besar sejauh 2 kilometer kot..kalo 4x psing ley slim river hehe.Rupe2nyer proses penghasilan tayar2 melalui byk proses dr A TO Z nk cite pun agak payah coz kne speaking German dlu bru ley terangkan hehe,kenalah buat lawatan kalo nak tahu.Mmg pengalaman pertama kali sy masuk kilang tayar.Balik jer fakulti rase tekakku bau tayar hangit yg kena bakar kat dlm kilang tuh.Ok lah..nie cerita pendek dariku.