20 December 2010
26 November 2010
11 November 2010
Pemaafkah anda?
SIFAT pemaaf adalah satu daripada sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)
Orang yang bersifat pemaaf adalah golongan berjaya menahan nafsu amarahnya terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati.

Perasaan insan pemaaf selalunya bebas daripada perasaan buruk sangka dan dendam.
Salah dan silap dalam sebarang tingkah laku yang berlaku sebelum ini akan saling diberi kemaafan dengan melupakan apa juga kepahitan terjadi dengan menganggapnya sebagai satu rencah kehidupan.
Salah dan silap dalam sebarang tingkah laku yang berlaku sebelum ini akan saling diberi kemaafan dengan melupakan apa juga kepahitan terjadi dengan menganggapnya sebagai satu rencah kehidupan.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam menangani konsep bermaafan ini. Walaupun kalimah maaf sukar untuk dilafazkan, tapi berusahalah untuk menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan.
09 November 2010
Sayunye tgk
yang pertamanya kalo tgk...kualiti buah-buahan yang dia jual..
yg keduanya tgk cara dia peluk budak tu(rasanya anak dia)..
yang ketiganya nama kedai dia : 'Allah tawakal'
tawakal = berserah bulat-bulat.
dan dari pemerhatian, kedai dia bukanlah sesuatu yang dapat menarik pelanggan..berkemungkinan tak laku...
tapi dengan wajah yang ditonjolkan, dia hargai apa yang tuhan bagi kat dia...walau pun kelihatan usaha dia terbatas.
TAPI yang buat ku tak tahan...mata si bapa tu....macam ada lapan tan air pernah keluar kat situ...
saja nak kongsi...ku memang pantang tgk org meniaga tak laku...ku tak boleh..
dan cara dia bergambar, nampak sangat kamera org lain...mcm susah bg dia nak ada cam bergambar...

Mari sama2 kita muhasabah diri kita dgn gambar!
Fikir dan renungkan makna yang tersirat disebalik gambar tersebut
Fikir dan renungkan makna yang tersirat disebalik gambar tersebut
04 November 2010
My brain Need Rest
Alhamdulillah tamat sudah assignment "storm drain"yg mcm separa tesis tu hihi
To Dr.S hope betullah n get better marks from U..
so lps nie ley rest jap sblum continue study...
01 November 2010
Air mata bergenang di gelemaca
Hari nie cik ean pulang ke kampung..study week kat sini..sini tenang..
cuti study week sambung dgn cuti sem..waa berapa byk cuti daa.erm pg td cik ean balik dr KTMB KL Sentral ke kampung halaman yg tercinta ini..waah ayat.
Jumlah Cuti 1/11/2011-22/11/2010=? berapa hari
sambung cite lg..
tggu punyer tggu..dekat 1 jam lbh baru ade..mmg area kat situ ssh dpt bus..fhm2 le bus cik kiah mcm ne kan hehe..dh naik bus so mcm biase kena byr tambg..tibe2 konduktor tu kata "adik bas berhenti had penjara shj" alamak time tu hnya Allah je tahu..huhu..jd..cik ean terpakse turun tggu bus yg lain..akhirnya tepat jam 1.30 ptg sampai lah destinasi.
31 October 2010
Dh balik camP yeay
28 October 2010
Esok nyer...hingga Ahadnyer
Hai kwn2
,sempat lg cik ean nak menaip nie..rehat minda jap kat blog nie..huh
esok cik ean kena pg camp..arghh.
.CAMP lg..xske dipakse sebnanyer.
.tp kalo xpg kena cri org ganti..aduih mane nak cri org saat genting nie.korang nak g??.dh ler nak final exam nie..camp tu akn berlangsung selama 3 hr (ala kejap je tu nak sedapkan hati) hihi..
brg pun dh siap kemas,bertolak esok pkul 6 PM.ape nak buat pg jelah..Ya Allah kuatkan hambaMu menempuhi dugaan.Amin.
urmm esok cik ean ade test
..wish me luck yea..tq.
,sempat lg cik ean nak menaip nie..rehat minda jap kat blog nie..huhesok cik ean kena pg camp..arghh.
.CAMP lg..xske dipakse sebnanyer.brg pun dh siap kemas,bertolak esok pkul 6 PM.ape nak buat pg jelah..Ya Allah kuatkan hambaMu menempuhi dugaan.Amin.
urmm esok cik ean ade test
..wish me luck yea..tq.
26 October 2010
Exam & kisah siti...??
Kisah Siti dan CGPA
Siti merupakan seorang penuntut di sebuah IPTA tempatan. Siti juga seperti orang lain, cukup sifatnya. Siti di kelilingi kawan2 yang setiap semester dapat anugerah Dekan. Maka kalau diikutkan, Siti boleh berusaha untuk dapat 4.0 setiap semester. Tetapi, apa yang terjadi, Siti hanya dapat pointer 3.0 saja setiap semester.
Siti sebenarnya, telah terperangkap dalam kepercayaan diri yang beliau rangka sendiri. Bentuk kepercayaan yang tertanam dalam diri Siti termasuklah : Siti tak bagus, kawan-kawan Siti lagi bagus, mereka dapat anugerah Dekan; belajar itu susah bila dikelilingi kawan-kawan sehebat ini, susah nak catch-up; dan Siti akan dapat 3.0 sekali lagi.Apabila Siti mengukir kepercayaan sebegini rupa dalam diri beliau - jadi tak kira macam mana dasyhat Siti belajar, Siti berusaha, Siti ulangkaji, Siti tetap akan dapat 3.0. Kalau keajaiban berlaku, mungkin 3.3. Tapi takkan dapat 4.0 . Kenapa?

Sebab Siti sendiri tak percaya ia takkan terjadi :) Setiap kepercayaan Siti akan di simpan oleh minda separa sedar beliau, dan akan dicernakan dan kepercayaan itu akan semakin menebal. :) Maka, Siti tidak akan keluar dari kelompok kepercayaan itu.
Jadi Bagaimana Untuk Mencipta Kepercayaan Diri Yang Betul?
Ubah cara anda berfikir. Percayalah, anda mampu melakukannya. Anda memang boleh buat! Berusaha bersungguh-sungguh.Kemudian berdoa dan tawakallah, insyaALLAH doa anda akan dimakbulkan ALLAH SWT.
Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.!
Usaha pintu kejayaan!
bkn tangga dh skrg nie..bahaya nnt jatuh men tangga..hihi
nie ikut pintu pun xdpt msuk,mcm ne nie hehe...fikir2kan mcm ne nk msuk ikut pintu nie..
"Usaha,doa,tawakal"
25 October 2010
Tips Bangun Subuh
Ingin cik ean kongsikan pembacaan cik ean masa membaca web i luv islam td, terjumpa tips ini utk dikongsikan bersama.Renung2kan selamat beramal

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.www.iluvislam.com
23 October 2010
Did you know "tempoyak"
Tetiba teringat nak makan tempoyak tapi xde..coZ bkn musim durian..huhu..
Tempoyak is a condiment made from fermented Durian fruit in Malaysia.My mother is the best chef in the house.She cooked tempoyak very tasty.Love u mak!! If you love durian fruit then the prospect of exploring the enhanced flavour when the fruit has been left to ferment thus concentrating the flavour is an opportunity you should not miss.
Fermented durian is used as an additional flavor in Malaysian cooking such as Pucuk Ubi Masak Tempoyak, soup base, bread jam or it can be eaten on its own whether fried or raw.
"Gambar diatas diambil dr Mak cik Google"
20 October 2010
Didik anak dalam kandungan
Entri kali ini berkenaan dengan "zuriat dan tanggungjawab", tahu x, kenapa cik ean berminat nak tahu pasal nie?Prof. ade ckp dlm kls td,kalo mase bayi dalam kandungan elok dihidangkan bayi tersebut dgn alunan ayat Al-Quran dan selalulah bercakap2 dgn bayi mse 6 bln pertama...dr situ cik ean tertanya2!! Itulah kali pertama cik ean mengetahuinya,,Oh,bru ku tahu ley ckp2 ehehe..sekali cik ean terbace artikel nie..jom bace ..
Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran? Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga. Terhenjut-henjut tangan, juga kaki. Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?
"Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.
"Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah
"Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.
"Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.
Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul. Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.
Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak. Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.
Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya. Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.
Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.
Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur. Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak. Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.
Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu. Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.
Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung. Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.
Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor. Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting. Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.
Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah – bukan anak-anak yang derhaka pada kita.
Comel kan??Ske2 (^_^)
sumber: RAB, 20 OKT 2010 15:44 | FATHI YUSUF & ROS IZANURI | EDITOR: KASIHSAYANG
17 October 2010
21 sifat wanita yg lelaki perlu tahu
Ni lah antara 21 sifat2 wanita...samada benar atau salah, anda yang tentukan...!!!
NO HEART FEELING OK..JUST 4 SHARING
1. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
2.Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
3. Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
4.Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit katshopping complex tiap-tiap minggu!
5.Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
6. Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
7.Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!
8. Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!
9.Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
10.Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
11.Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
12. Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
13. Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
14. Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
15.Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
16. Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
17. Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
18. Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
19. Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai... Pe.....?
20. Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianyasama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
21. Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi.Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jikasemua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!
sumber dipetik dari http://sembangkosong10.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)














.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
















.jpg)





