27 September 2010

Test Mata Anda = Test your eyes

Test mata anda



Mari test mata anda...

" tenung titik-titik yang ada dalam gambar selama 10 saat dan alihkan pandangan anda ke dinding kosong yang berdekatan ngan anda."

"komen apa yang anda lihat" Selamat Mencuba!


24 September 2010

When you're...

• When you are tired and discouraged from fruitless efforts... ALLAH knows how hard you have tried.
• When you've cried so long and your heart is in anguish... ALLAH has counted your tears.
• If you feel that your life is on hold and time has passed you by... ALLAH is waiting with you.
• When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side.
• When you think you've tried everything and don't know where to turn... ALLAH has a solution.
• When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.
• If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope ... ALLAH has whispered to you.
• When things are going well and you have much to be thankful for... ALLAH has blessed you.
• When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.
• When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember that wherever you are or whatever you are facing... ALLAH KNOWS!!

19 September 2010

Kata-kata semangat

Kata-kata semangat


"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

ku selalu berpegang pada kata kata ini. "Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu diharungi oleh mereka." maknanya setiap dugaan, masalah, ujian yang menimpa kita tu, Allah beri dengan adanya kemampuan dari kita untuk menghadapinya. setiap yang diuji adalah bertujuan untuk menilai tahap keimanan kita padaNya. samada kita masih ingat dan berharap padaNya atau terus hilang arah dan tersasar dari landasan yang sepatutnya.


tapi ramai dari kita yang suka merungut dan bersangka buruk terhadap Allah bila kita ditimpa sesuatu permasalahan. betul tak? kita selalu lupa yang mungkin dengan setiap permasalahan yang kita harungi itu, ada balasan yang sangat indah menanti kita di depan. mungkin tidak di dunia, di akhirat sana kita akan dapat keindahan itu. teringat satu madah. "Kita benci saat Allah turunkan hujan sedangkan kita tak tahu yg sebenarnya Allah nak bagi kita jaluran pelangi yang sangat indah selepas hujan untuk kita menikmati keindahannya.."


bersangka baik la selalu pada Allah. jangan bersungut jika ditimpa masalah. muhasabah diri. mungkin ada sebab kita diuji dengan sesuatu permasalahan. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri hamba-hambaNya. ingat, "pelangi indah" itu sentiasa menanti kita.

12 September 2010

I care about U

 Health - Very Very Important Tips  

*Answer the phone by LEFT ear.
*Do not drink coffee TWICE a day.
*Do not take pills with COOL water.
*Do not have HUGE meals after 5pm.
*Reduce the amount of OILY food you consume.
*Drink more WATER in the morning, less at night.
*Keep your distance from hand phone CHARGERS.
*Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
*Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
*Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
*When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

*Forward this to those whom you CARE about!

07 September 2010

Kisah : Bertuah dpt suami spt ini (^_^)
















Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh.Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membacaAl-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.


Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itusahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengankitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku padakemudian hari adalah diluar bidang kuasasaya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembalibercerita kepada diri saya. Adayang menghantaremail dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanyauntuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanyayang mempunyai hubungan rapat dengan kita.


Takkiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu duapertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda keubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin andaberitahunya. Kebiasaannya saya akan menasihatiisteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkanberselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apasahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikiranda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihatanda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedangmenerima pernyataan anda iaitu kelopak matanyabergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dananda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapaImam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidikHanafisehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa ImamAbu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum diadilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentuaneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yangbelum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingindisampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya jugasudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejakdari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isterikita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedangmembesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasaberdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allahsebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayukepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suarasaya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apapula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobisaya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anakyatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terangdanbersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masadepan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatimpiatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehinggasekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kinisaya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujudsalasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalamhati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya sepertisaya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalamhidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncuL'bintang timur kecil' dalam hidup saya