SIFAT pemaaf adalah satu daripada sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)
Orang yang bersifat pemaaf adalah golongan berjaya menahan nafsu amarahnya terhadap orang lain tanpa ada rasa dendam dan rasa sakit hati.

Perasaan insan pemaaf selalunya bebas daripada perasaan buruk sangka dan dendam.
Salah dan silap dalam sebarang tingkah laku yang berlaku sebelum ini akan saling diberi kemaafan dengan melupakan apa juga kepahitan terjadi dengan menganggapnya sebagai satu rencah kehidupan.
Salah dan silap dalam sebarang tingkah laku yang berlaku sebelum ini akan saling diberi kemaafan dengan melupakan apa juga kepahitan terjadi dengan menganggapnya sebagai satu rencah kehidupan.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dalam menangani konsep bermaafan ini. Walaupun kalimah maaf sukar untuk dilafazkan, tapi berusahalah untuk menjadi pemaaf. Beruntunglah orang yang memiliki sifat pemaaf kerana dalam sifat pemaaf itulah terkandung kemuliaan, keberanian dan kekuatan.


10 comments:
Bergantung pd kslhn org yg dlakukan...
kalau bsr ambil mse la jugak..huhu
saya pemaaaaaffff. haha!
maaf...mudah diucapkan...kenkadang sukar diterima...
yup pokcik seorang yang pemaaf..sape la kita ni yang xnak maafkan kesalahan orang lain?? Allah S.W.T pun ampunkan dosa umatnya...nikan pula kita yang xde pape... :)
saya seorang yg cepat marah dan cepat juga memaafkan org sebab nanti saya yang akan rasa bersalah walaupun kesalahan tu bukan sy puncanya.. hehehe
o0oh tidak..susah untuk memaafkan kesalahan yang berat yang telah dilakukan sebanyak 2 kali dan bersifat dendam
maaf tu subjective...
senang sngt nk ucapkan
tp kdg2 tak seriring dgn hati...
maaf suatu perkataan yg soft disebut..terasa polite bila diucapkan..ayuh kita lembutkan hati dgn memaafkan org lain walaupun mengambil masa.siapalah kita kn.spt komen hantwo ..
pemaaf?
tak kot.....
susah la ... kadang2 mulut kata dah maafkan tapi hati..?
Kite sebagai manusia biasa sememangnya not perfect. Apabila bab kes maaf-memaafkan ni.. memang bleh. But samada cepat atau lambat nak bagi kemaafan tu la.. bergantung la kepada kecik/besar kesalahan yang dilakukan oleh org tu.
Post a Comment