11 October 2010

Puisi untuk mak dan ayah

Salam. Entri kali ni berkisar puisi untuk mak dan ayah. Bersyukurlah pada mereka yang masih mempunyai mak dan ayah. Bg yg tiada sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka. Sayangi mereka selagi masih ada.

Khas untuk mak dan ayahku..

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......


Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

2 comments:

PCL said...

Selalu berdoa dan inginkan anak2 yg soleh/solehah, begitu juga mereka sebaga ibubpa selalu mengharapkan yg terbaik untuknya...baguslah kalu kita sentiasa ingat n bertanggungjawab terhadap ibubapa kita.

نورازرين بت عريفين said...

Alhamdulillah.Tanpa mereka siapalah kita.