11 October 2010

Puisi untuk mak dan ayah

Salam. Entri kali ni berkisar puisi untuk mak dan ayah. Bersyukurlah pada mereka yang masih mempunyai mak dan ayah. Bg yg tiada sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka. Sayangi mereka selagi masih ada.

Khas untuk mak dan ayahku..

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......


Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

04 October 2010

Checklist Sebelum Perkahwinan

Entri baru kali berkisar tentang checklist perkahwinan, penting nih buat bakal2 pengantin diluar sana, sape2 yg rase2 xsabau nak kahwin dan yg sampai seru tu hehe dan termasuk org yg membaca entri nie (kalo anda belum kahwin) hehe..senyum sendiri nampak..
erm buat yg xtahu lg apa persiapan yg perlu dilakukan ni dia checklistnya..hope dpt membantu korang,all the best. chewah mcm le pakar sgt..by the way, sharing is caring..





Checklist Permohonan Nikah 
(kalau tak buat ni memang tak kahwinlah jawabnya)


  • kena hadiri kursus pra-perkahwinan
  • kena buat ujian HIV (bergantung pada Jabatan Agama Islam Daerah tapi rasanya semua tempat dah wajibkan)
  • kalau yang lelaki pastikan ada surat akuan bujang ye
  • dapatkan borang permohonan nikah dari Jabatan Agama Islam Daerah yang kita jadi pemastautin dan lengkapkan borang dan sertakan dokumen sampingan yang diperlukan. bagi lelaki, kalau dah dapat kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah boleh serahkan surat kebenaran tu pada pihak perempuan.
  •  pihak perempuan pon kena isi borang yang sama dan kepilkan surat kebenaran kahwin dari pihak lelaki dan dokumen sokongan yang lain.
  •  pastikan anda telah tempah tempat dan jurunikah untuk majlis kahwin anda.





Checklist Barang Hantaran


  •  senaraikan barang hantaran yang nak dibeli dan jangan beli sekali jalan. takut nanti pengsan pulak bila tgk bil. kalau boleh beli sikit-sikit especially bila ada sale.
  • pastikan barang-barang penting macam cincin tunang, cincin kahwin, wang hantaran, wang mas kahwin disediakan.




Checklist Resepsi Perkahwinan



  • pastikan andam pengantin dah ditempah. baju untuk nikah dan majlis resepsi biasanya boleh disewa dari mak andam. tak payah bazir duit untuk beli baru. nanti pakainya sekali je. pelamin pon biasanya boleh diambil dari mak andam je. bagusnya kalau amik dari satu tempat senang nak bincang. kalau amik lain2 tempat nanti takut akan ada masalah coordination. nanti ada yg dapat salah info, boleh rosak majlis. boleh bincang sekali untuk masukkan fresh flower kalau perlu.
  • pastikan anda dah decide nak buat majlis resepsi perkahwinan di mana samada kat rumah, dewan, hotel atau pon taman. bila dah decide, pastikan anda dah book venue tersebut.
  • book katerer kalau anda nak buat resepsi di rumah atau dewan yang tidak menyediakan katerer. kena bincang betul-betul menu dan harga pakej yang nak dipilih. pastikan set makanan beradap tak dilupakan. biasanya kalau katerer ni, boleh sediakan sekali khemah/kanopi dan decoration untuk khemah serta hiasan meja makan pengantin.
  •  hiasan bilik tidur pengantin
  • book fotografer dan videografer untuk perkahwinan. kalau boleh amik yg dah experience sebab kalau silap amik and gambar tak cantik, takkan nak buat majlis lagi sekali kan….hehe. sekarang ni banyak fotografer dah sediakan custom made album. kalau boleh amik fotografer yg ada pakej tu lah sbb gambar nampak kemas dan cantik.
  •  kad jemputan / undangan kahwin beserta dengan pelan ke tempat majlis resepsi
  •  book kompang untuk resepsi kahwin. kalau xde kompang nanti nampak pelik pulak.
  •  book mc atau karaoke supaya majlis nanti tak boring.
  •  door gift untuk tetamu dan VIP
  •  bunga telur
  •  bunga manggar
  •  sediakan kos penginapan dan pengangkutan rombongan sekiranya perlu
  • tempat penginapan untuk pihak yang bertandang sekiranya perlu
  • kek kahwin
  • sediakan papan tanda yang mencukupi untuk memberi panduan kepada tetamu untuk sampai ke tempat majlis resepsi.
  • pastikan tempat honeymoon anda pon dah dibook serta flight kalau perlu. kalau tak nak pening kepala amik pakej dari travel agent. pergi rileks je tak payah nak fikir apa-apa. lagi pon tujuan honeymoon ni nak bercuti bersama pasangan tercinta kan.
  • Yang paling penting sekali pastikan anda sediakan budget untuk setiap checklist di atas. kalau tak buat budget, takut nanti kita akan terlebih belanja. pastikan berbelanja mengikut kemampuan anda dan jangan sampai berhutang. majlis resepsi tu cuma sehari je, yang penting kehidupan selepas majlis resepsi perkahwinan tu. banyak nak pakai duit tau kalau hidup kat bandar.



02 October 2010

Married Life

This is the best part of the movie UP when Carl met Ellie and they had a good life... The only part that makes me nearly cry. Every human in the world wants this typical life, beautiful, live with each other until the end...
You clearly haven't seen the movie. Whether you've personally seen sadder or not is irrelevent, this is a beautiful piece of animation.



27 September 2010

Test Mata Anda = Test your eyes

Test mata anda



Mari test mata anda...

" tenung titik-titik yang ada dalam gambar selama 10 saat dan alihkan pandangan anda ke dinding kosong yang berdekatan ngan anda."

"komen apa yang anda lihat" Selamat Mencuba!


24 September 2010

When you're...

• When you are tired and discouraged from fruitless efforts... ALLAH knows how hard you have tried.
• When you've cried so long and your heart is in anguish... ALLAH has counted your tears.
• If you feel that your life is on hold and time has passed you by... ALLAH is waiting with you.
• When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side.
• When you think you've tried everything and don't know where to turn... ALLAH has a solution.
• When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.
• If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope ... ALLAH has whispered to you.
• When things are going well and you have much to be thankful for... ALLAH has blessed you.
• When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.
• When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember that wherever you are or whatever you are facing... ALLAH KNOWS!!

19 September 2010

Kata-kata semangat

Kata-kata semangat


"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

ku selalu berpegang pada kata kata ini. "Allah takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu diharungi oleh mereka." maknanya setiap dugaan, masalah, ujian yang menimpa kita tu, Allah beri dengan adanya kemampuan dari kita untuk menghadapinya. setiap yang diuji adalah bertujuan untuk menilai tahap keimanan kita padaNya. samada kita masih ingat dan berharap padaNya atau terus hilang arah dan tersasar dari landasan yang sepatutnya.


tapi ramai dari kita yang suka merungut dan bersangka buruk terhadap Allah bila kita ditimpa sesuatu permasalahan. betul tak? kita selalu lupa yang mungkin dengan setiap permasalahan yang kita harungi itu, ada balasan yang sangat indah menanti kita di depan. mungkin tidak di dunia, di akhirat sana kita akan dapat keindahan itu. teringat satu madah. "Kita benci saat Allah turunkan hujan sedangkan kita tak tahu yg sebenarnya Allah nak bagi kita jaluran pelangi yang sangat indah selepas hujan untuk kita menikmati keindahannya.."


bersangka baik la selalu pada Allah. jangan bersungut jika ditimpa masalah. muhasabah diri. mungkin ada sebab kita diuji dengan sesuatu permasalahan. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri hamba-hambaNya. ingat, "pelangi indah" itu sentiasa menanti kita.

12 September 2010

I care about U

 Health - Very Very Important Tips  

*Answer the phone by LEFT ear.
*Do not drink coffee TWICE a day.
*Do not take pills with COOL water.
*Do not have HUGE meals after 5pm.
*Reduce the amount of OILY food you consume.
*Drink more WATER in the morning, less at night.
*Keep your distance from hand phone CHARGERS.
*Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
*Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
*Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
*When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

*Forward this to those whom you CARE about!

07 September 2010

Kisah : Bertuah dpt suami spt ini (^_^)
















Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh.Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membacaAl-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.


Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itusahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengankitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku padakemudian hari adalah diluar bidang kuasasaya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembalibercerita kepada diri saya. Adayang menghantaremail dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanyauntuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanyayang mempunyai hubungan rapat dengan kita.


Takkiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu duapertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda keubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin andaberitahunya. Kebiasaannya saya akan menasihatiisteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkanberselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apasahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikiranda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihatanda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedangmenerima pernyataan anda iaitu kelopak matanyabergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dananda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapaImam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidikHanafisehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa ImamAbu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum diadilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentuaneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yangbelum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingindisampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya jugasudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejakdari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isterikita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedangmembesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasaberdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allahsebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayukepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suarasaya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apapula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobisaya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anakyatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terangdanbersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masadepan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatimpiatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehinggasekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kinisaya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujudsalasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalamhati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya sepertisaya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalamhidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncuL'bintang timur kecil' dalam hidup saya

25 August 2010

Biar sampai syurga






Teringat dulu zaman kat skulah mcm nie..ade org ske kat kite tapi kite xske dia..bkn ape..mak xbg bercinta..lgpun kecik ag pun..hehe.Kemudian kite kne pindah skulah ngan rumah pd mase yg same mase nak naik skulah menengah.Kite xtahu dia cari kite dan tertanyer2 kemane kite pindah. Cian kat dia, tggu kite dan mencari2 rupenyer. Akhirynya 8 thn kemudian, alhamdulillah kite jumpe kwn kite tu balik..senyum aje :)

20 August 2010

Loghat Perak..




Kami bangga dengan bahasa negeri kami..anda bagaimana? anggap nie mcm kamus mini bahasa perak.mungkin xdpt dimane2 kedai..free..je nie..betul3x

MARI BELAJAR BAHASA PERAK
sumber :forum.asyraaf.net
Untuk Gantinama:

teman = saya
mike = awak
kamu=awak
mengkema =engkau orang(ramai)
kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua
kume=kami
keme=saya (bacha dengan E tanda diatas)
yob/yeop = bagi memanggil lelaki yg kita tak tau namanya
Yong = bagi memanggil permpuan yg kita tak tau nama nya.
             kedua dua gelaran ini juga digunakan didalam keluarga.
Pah/Opah = Nenek
Tok = datuk
                               

Kebanyakkan hujung ING tinggal IN saja

Kambing = kambin
kuching = kucin
lembing = lembin
daching = dachin
cacing = cacin
guling = gulin
pusing = pusin
bising = bisin

kebanyakkan akhiran  IR diganti dengan IO,  AR diganti dengan O
Acar = aco
air = ayo
Ajar = ajo
akar = ako
asar = aso
fikir =pikio
pasir =pashio
putar  = puto
kikir=kikio
cicir = cicio
kafir=kapio
lendir lendio
hanyir= hanyio

 
bibir =bibio.................tapi kalau bebio dah jadi cacing halus seperti hampas kelapa selalu kedapatan
        pada dubur kanak kanak
biar=bio...........sebab itu ada kata kata orang tua bebio kalu di bio naik kemata buta
                          makna nya sakit cacaing pada bebudak ne tak bleh di biar kan begitu saja tanpa diubati
                           kerana kalau sudah sampai naik kemata boleh mengakibatkan buta.

bakar=bako
belukar=beluko
tikar =tiko
seluar=seluo
ular =ulo
sambar=sambo
selimbar selimbo
takar=tako
besar=beso

chegar=chego (batu bulat lonjong didalam sungai )

                       
PERKARTAAN2 LAIN

ate = habis tu (penyedap cakap)
biole = biar lah
belontok = macamikan haruan berbintik cokelat
bujuk = ikan haruan
bolen = telanjang bulat
cucor pisang = cekodok pisang
cucor bawang = cekodok tepung campur bawang
cucor = jirus
cabuk = berkudis buruk........cth orang marah..cabuk le kaki kamu.....makna nya biar kaki kamu tu
                                                                                                               berkudis teruk
tumpo = mati (bahasa kasar)

pegho = sampan
cebok = alat mencedok air
bebeno = sungguh/sangat   cth budak ne jahat bebeno
nyor = kelapa
biut = degil
begholoh = tidor
tak sio = tak mahu
teghoyak = menangis
bedeah = tipu/menipu
piat = pulas.....cth  aku piat telinga tu karang.
petia = perhati
bedek(membedek) = belek (membelek)
kela = gaduh
berkela = bergaduk
kayo = pergi buang air
kayo beso =berak
kayo kecik = kencing
yangat = kopi atau teh panas.
tepek = lempeng
jamban = selain makna biasa.......nama bagi pelantar atau rakit tampat mandi di sungai Perak biasanya
                                                   dibuat dari batang balak.
kulu = kehulu
kelio = kehilir
kedarat = hala menjauhi sangai
kebaroh = hala kesungai
Tebin = tepi sungai
telio = teringin
buah kanto = buah enau
koi = kueh
kek = cake
cekelat = gula gula
kopek = tetek
kutey = cubit halus
kutei = dah lama
nohen = buat dek jer...
kodak/kekodak = lebihan/serbuk kueh.........umpama orang bertanya banyak ke lagi kueh raya
                                                                    jawabnya tinggei kekodak tong aje.......

ngekek = ketawa terbahak bahak
ngonyam = gatei (berkaitan lelaki/perempuan)
seniat = pukul........dengan lidi umpamanya.
sidang = berhenti.......pada hujan
samo = warna merah jambu
geduak = kerdas
getik = benci
amra = kedondong
meghenin = berkilat
nganto = sejenis permainan anak muda dibulan puasa dekat dekat nak raya ketika ibu sibuk buat kueh deme
                akan ambil beberapa jenis kueh buboh dalam pinggan umpamanya dihantar secara senyap senyap
                kerumah kawan di letak atas tangga umpamanya kemudian diletupkan mercun bagi tau isi rumah
                ahli keluarga rumah itu akan keluar dan mengejar si penghantar jika dapat mukanya akan dilumur
                dengan bedak atau arang tapi no hard ffeeling kerana ini seronok seronok dan tuan rumah yang
                menerima kueh itu akan makan seisi keluarga . Tetapi permainan ini sudah hampir pupus melainkan
                di kampung 2 pedalaman.

melantak = kuat makan
megholoh = kuat tidor
hambo tebo = bersepah/berselerak
R yang diawal atau tengah perkataaan di ganti drngan GH

rumah = ghumah
orang = oghang
kerja = keghoje
memburu = menbughu
resah = ghesah
rosak =ghosak
ribu = ghibu

Ada beberapa perkataan oghang puteh oleh orang tetue di perakkan
bob = buku
belen = baki
merket = pasar
bot =bot

Tentang duit
1 sen = seduit
5 sen = 5 duit
10 sen = sekupang
15 sen = 15 duit
20 sen= 2kupang
25 sen = dua kupang 5 duit
setersnya hingga
90 sen =sembilan kupang
95 sen = sembilan kupang lima duit
seringgit = seringgit
RM1.25 = seringgit suku
RM1.50  = tenghah dua ringgit

 

Selamat mencube menyebutnyer..mesti anda tergelak sambil membaca bagi yg baru2 nak belajor..Learning is fun kan3x..kat sini ade peta negeri sekali..
Nie tempat2 yg menarik bg sesiapa yg xpenah jejak kaki ke Perak... :)

14 August 2010

Awak sayang saya tak?Saya cute tau..


Tidor lena slps kenyang mkn...ish2
Naik main piano xreti..duduk pn jdlah hehe
I'm cute
Haiii..
Cantik ke custome ni ..
Mane tuan ak nie..laparrr...
I pandai posing tauuu...

Nabi pun sayang kucing

Tahukah anda Nabi Muhammad saw juga membela kucing?

Salah satu kucing kesayangan baginda ialah Muezza. Diriwayatkan, suatu ketika Nabi ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan, tetapi Muezza sedang nyenyak tidur di atas jubahnnya. Oleh kerana baginda tidak mahu mengganggu tidur Muezza, maka baginda memotong bahagian yang digunakan oleh Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah Nabi kembali ke rumah, dilihat Muezza kelihatan kesal dengan perbuatannya dan dilihat cuba memohon maaf atas perbuatannya.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi suka ialah, dia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan ada masanya suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Beberapa orang terdekat Nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq, isteri Nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan ketika kucingnya mati. Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi, digelar sebagai Abu Huruyrah yang bermaksud bapa kucing jantan kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Malah bagi mereka yang pernah ke Tanah Suci Mekah, pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing. Dikatakan setiap kali masuk waktu solat, kucing akan berkumpul di situ. Malah ada pernah terdengar cerita, sesetengah orang semasa menunaikan haji ternampak kucing mengadap kiblat seolah-olah sedang bersolat . Wallahualam...